Saturday, August 11, 2012

0 petua hilangkan "jerawat"euww


Berikut antara petua yang boleh dicuba untuk menghilangkan jerawat.

1.   Rendam sehelai daun sirih di dalam segelas air panas atau di dalam bekas yang sesuai. Tunggu hingga sejuk dan daun layu. Selawat Nabi sebanyak tiga kali dan basuh muka dengan air tersebut. Selepas itu jangan dilapkan, biarkan hingga kering sendiri.
2.  Ambil beberapa helai daun jambu biji yang masih muda, bahagian pucuknya.  Cuci hingga bersih dan ramas daun tersebut dengan air. Kemudian cuci muka anda dengan air perahan jambu biji tersebut.  InsyaAllah, anda dapat lihat hasilnya setelah beberapa hari.
3.  Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup. Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda.  Biarkan kira-kira 20 minit. Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus.
4.  Sediakan campuran bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi tiga kali. Sapukan di tempat jerawat.  InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.
5.  Basuh muka dengan air basuhan beras. Biarkan ia kering sendiri.  Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
6.  Bersihkan muka sehingga bersih.  Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri.  Bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
7.  Sediakan campuran air limau nipis dengan satu sudu minyak masak. Sebelum tidur, sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda.  Sekiranya anda merasa pedih, itu hanya sementara. Esok paginya ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas.  Setelah sejuk atau suam, basuhlah muka anda dengan air itu.   Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda.  Kuatkan gosokan anda pada tempat-tempat yang berparut.  Biarkan beberapa minit, kemudian barulah dibasuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.
8.  Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.
9.  Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau).  Rendam dalam bekas air dan didihkan daun teh tersebut. Kemudian lekatkan ke jerawat.
10.  Bancuh satu sudu susu tepung dengan sedikit air.  Tempek pada keseluruhan muka setiap malam. Setelah kering, bilas dengan air suam. Amalkan setiap hari.
11.  Sejukkan sedikit kanji nasi.  Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering dengan sendirinya di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.
12.  Rendam beberapa keping asam gelugur (asam keping) selama satu malam. Tumbuk beberapa helai daun pucuk jambu batu hingga halus. Campurkan kedua-dua bahan dan sapukan pada keseluruhan muka. Amalkan dua kali seminggu.
13.  Campurkan putih telur (ayam kampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Amalan ini elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan dua kali seminggu.
14.  Giling segenggam beras bersama segenggam daun inai hingga lumat. Bulat-bulatkan adunan sebesar duit syiling 5 sen dan jemur hingga kering. Simpan dalam bekas kedap udara.  Apabila hendak menggunakannya, titis beberapa titik jus limau nipis dan sapukan pada keseluruhan muka dengan menggunakan belahan kentang.  Amalkan dua kali seminggu.
15.  Asah sedikit kulit kayu manis atau ambil sedikit serbuk kayu manis dan campurkan dengan sedikit madu. Tempelkan ke muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan tiga kali seminggu.

0 Cara membuat perempuan "terjatuh hati"


1.Menjadi pendengar setia si dia

2.Ingat perkara-perkara penting tentang hidupnya. Contohnya: tarikh lahir dia, makanan dan minuman kegemaran si dia, apa yang dia suka, apa yang dia benci, dan lain-lain lagi.

3.Beritahu si dia bahawa anda teringatkan dia. Contohnya, anda boleh katakan pada dia bahawa anda teringatkan si dia apabila terdengar lagu kegemarannya di radio. Atau mungkin juga anda ceritakan mimpi anda bertemu dia.

4.Ringankan mulut untuk memuji dan menghargai si dia.

5.Buat dia tersenyum dan gembira bersama anda.

6.Jangan mengongkong dia. Berikan si dia kebebasan. Biarkan cinta itu datang tanpa dipaksa, nescaya berkekalan cinta itu.

7.Sentiasa berada untuk dia dikala dia memerlukan seseorang. Sama ada dia sedang bersedih atau memerlukan seseorang untuk meluahkan rasa hati dan memahami dia, pastikan anda sentiasa ada untuk dia.
8.Hormati dia dan pastikan dia juga tahu anda mengharapkan sebaliknya. 

9.Percaya si dia. Sikap cemburu anda yang tak bertempak hanya akan membuatkan si dia makin menjauhi anda.

10.Berikan ‘surprise’ pada si dia. Mungkin anda boleh memberikan bunga ros atau apa saja untuk membuat hati kecilnya terpegun dengan anda yang pandai mengambil hatinya.
11.Buatkan dia rasa diterima oleh keluarga anda.  Pasti si dia akan berasa kekok pada awalnya, tapi si dia pasti akan semakin rapat dengan anda.
12.Buat sesuatu yang anda tidak pernah buat untuk dia. Katakan selama ini anda tak pernah memasak, nak masak telur goring pun tak tahu. Jadi buatkan si dia satu masakan kemudian biar si dia rasa. Katakan anda buat khas untuk dia.

13.Sentiasa jadi seseorang yang ceria di mata dia. Jadilah di mata di seseorang yang bijak menyelesaikan masalah hidup dan sentiasa ceria dalam hidup anda. Masalah bukan lagi sesuatu yang perlu dirisaukan!

14.Sentiasa buat hari yang mendatang ‘special’ dimata dia. Sentiasa membuatkan dia tertunggu-tunggu hari yang anda rancang. Jadi, rajin-rajinkanlah diri anda mengajak dia keluar pada hari-hari tertentu. Tidak semestinya perlu keluar hanya pada hari sabtu dan ahad. Selagi anda rasa perlu keluar, maka keluarlah.

15.Lakukan sesuatu yang tidak perlukan anda mengeluarkan duit. Percayalah, cara ini amat berkesan. Contohnya, mengajak dia keluar berjoging pada waktu petang ataupun berkelah pada hujung minggu. Bukan saja dapat jimatkan duit malahan anda mempunyai lebih banyak masa untuk berbual.

16.Banyakkan bersabar dengan kerenah dia. Jangan jadikan sesuatu yang kecil sebagai masalah besar. Layan dia seperti seorang kanak-kanak yang perlukan lebih kasih sayang dan tunjuk ajar. Ingat, tegur bukan marah!

17.Sentiasa nampak kemas dan macho bersamanya. Mungkin ditempat kerja mahupun dikuliah anda tidak mementingkan penampilan. Tetapi apabila anda keluar bedua dengan dia, berikan penampilan terbaik anda. Buatkan dia bangga apabila keluar dengan anda.

18.Buatkan aktiviti bersama. Ajak dia lakukan sesuatu aktiviti bersama. Walaupun hanya bersiar-siar, ajaklah dia untuk keluar dengan anda. Sekiranya dia menolak tidak mengapa. Yang penting anda telah mencuba.

19.Hantarkan mesej, email mahupun sms ayat-ayat romantik dan manis setiap hari yang mampu membuat dia tersenyum.
20.Masukkan surat cinta secara senyap kedalam handbagnya. Pasti dia akan tersenyum apabila mengetahui dia mempunyai secret admire.

21.Bukakan pintu kereta untuk dia malahan tarik kerusi untuknya sewaktu makan bersama.

22.Tanya pada kawan-kawan anda apakah perangai buruk anda. Perbaiki perangai itu dan pastikan anda tidak lakukan dihadapan dia.

23.Selidik binatang peliharaan yang amat diimpikannya. Kemudian beli haiwan tersebut dan biarkan dia beri nama pada haiwan tersebut. Pasti dia akan sentiasa rapat dengan anda.

24.Elakkan seks menjadi punca anda inginkannya. Sentiasa elakkan bercerita mengenai perkara ini dan jangan buat dia rasa tidak selesa dengan sikap anda yang gila seks.

25.Sentiasa tanya pendapat dia untuk menunjukkan betapa pentingnya dia terhadapa anda.
26.Sentiasa beri semangat pada dia. Sekiranya dia mempunyai hobi baru, maka sokong dan galakkan dia untuk meneruskan hobi dia.

27.Sengaja buat dia rindu anda. Sms dia untuk selama sebulan kemudian anda senyap tiba-tiba. Insyaallah, dia akan mula rindu terhadap anda.

28.Cari tempat yang tenang seperti ditepi pantai atau tempat-tempat yang tidak terlalu bising, kemudian ungkit kembali kisah-kisah lama anda berdua. Bagaimana anda berkenalan dan sebagainya. Jika anda rasa sudah tiba masanya anda melafazkan cinta, ini masa yang terbaik!

29.Ambil foto anda berdua bersama-sama. Sama ada di photobooth atau menggunakan kamera sendiri. Lagipun, tempat-tempat seperti snow world di genting highlands juga ada menawarkan sesi fotografi. Biarkan kenangan manis itu sentiasa hidup.
30.Senyum, tak perlu kata apa-apa. Tapi jangan pula senyum bermakna. Biarkan senyuman anda itu tidak terlalu janggal tetapi nampak manis. 

31.Belikan tiket untuk konsert penyanyi yang dia minat ataupun tiket untuk sesuatu yang sukar untuk dibeli.

32. Kurangkan menawan hati dia dengan guna kata-kata, lebihkan perbuatan. Biar si dia tahu anda ikhlas.

33.Jadi lelaki yang sempurna di keluarganya. Berusaha untuk bergaul dengan mereka, bersikap sopan, dan  gunakan peluang yang ada untuk mencungkil peribadi si dia.

34.Buatkan kuih yang terisi nota-nota lucu mahupun cinta. 

35.Bersikaplah jujur terhadapa diri sendir nescaya dia akan jujur terhadap anda.

36.Percaya pada diri sendiri bahawa dia pasti menjadi milik anda. Pasti bukan mesti!

37. Buat satu puzzle yang mempunyai gambar kenangan manis anda berdua.

38.Jadi diri sendiri, tapi bukan bermakna anda perlu meneruskan perangai-perangai yang anda sendiri tahu buruknya perlakuan tersebut.

39.Sebarkan cerita kepada rakan-rakan anda bahawa anda gila baying terhadap si dia. Sebar..sebar..sebar sampailah ke pengetahuan rakan si dia. Pasti lambat laun dia akan tahu bahawa orang ramai sudah tahu anda cintakan dia.

40.Jangan terlalu serius dengan dia. Tunjukkan juga perangai anda yang mempunyai sifat lembut, mudah mesra dan juga keanak-anakan. Tapi jangan terlalu bersiat childish, perempuan benci lelaki yang tidak matang.

41.Buatkan si dia rasa pintar. Hal ini akan membuatkan dia rasa lebih seksi dan menawan. Tapi jangan pula anda menunjukkan bahawa anda ni bodoh. Jadi pandai-pandailah ye..

42.Sentiasa menjadi ‘guardian angel’ dia. Jangan jadi lembik. Kalau tak mampu nak jadi kuat, macam mana nak jaga orang yang disayang.


43.Buat satu permintaan lagu di radio dan tujukan pada si dia. Tapi pastikan dia dengar.

44.Buat satu blog khas untuk bacaan si dia. Biar si dia tahu perasaan anda.

45.Walaupun member-member kata anda samseng, tapi jadilah seorang permata di mata dia.

46.Buat satu lagu cinta khas ciptaan anda sendiri untuk dia. Kemudian anda nyanyikan lagu cinta tersebut untuk dia.

0 Tips menjatuhkan ego lelaki "


1.BERSABAR
Untuk menjinakkan ego seorang lelaki perlukan kesabaran yang tinggi kerana lelaki juga sukar diduga. Anda perlu bersiap sedia untuk disakiti, dimalukan, apatah lagi diperbodoh apabila segala usaha anda tidak berhasil dan hanya sia-sia.


2. FAHAMI DIA
Fahami dia dalam erti kata lain ialah anda belajar menjadi stalker. Fahami dia adalah kunci kejayaan anda. Sedangkan dalam berperang, tentera juga perlu memahami strategi musuhnya untuk menang, jadi gunakan taktik yang sama! *Haish…Kuat berimiginasi aku nih…*  


3.HORMATI DIA 
Pertama sekali ialah belajar menghormati dia. Jika anda berharap si dia menghormati anda, anda perlu hormati dia dulu. Namun berbeza bagi setiap lelaki itu untuk belajar menerima apa yang anda cuba lakukan. Ada sesetengah lelaki akan beranggapan sudah menjadi lumrah alam perempuan tunduk dan patuh padanya. Malahan ada juga yang memahami dengan membalas kembali apa yang diberi. Apapun, menghormati itu adalah kunci kepada langkah yang seterusnya.


4.JANGAN BERTEKAK DENGAN DIA
Berhenti daripada mewujudkan suasana tegang antara anda. Jikalau anda rasakan dia tidak boleh menerima pendapat anda semata-mata untuk dia merasakan maruahnya tidak tercalar, biarkan saja. Biar dia saja yang rasa betul. Akhirnya nanti, dia akan dimalukan oleh perangai egonya sendiri sehingga tercalar egonya. Siapa tahu, mungkin dia akan sedar dan belajar merendahkan egonya. Apa yang penting, jangan sentiasa berharap untuk menang dalam setiap perbalahan dengan lelaki. Kerana ada hanya akan meninggikan egonya.


5. HARGAI DIA
Tahukah anda, kita di Malaysia ini terlalu disogokkan dengan cerita-cerita cinta yang terlalu kompleks sehinggakan terikut-ikut dengan cerita tersebut. Anda tak perlu bersusah payah terkejar-kejarkan si dia. Apa yang anda perlu ialah hargai dia. Jadikan tiap-tiap hari adalah hari untuk menghargai dia bukan hanya satu hari saja seperti yang dilakukan mereka yang menyambut Valentine’s. Ucapkan terima kasih sudah memadai. Penghargaan ibarat racun yang meracun diri secara halus tetapi amat berkesan!


 6.SAYANGI DIA
Cuba renungkan kembali kenapa anda ingin jatuhkan ego si dia.. Adakah kerana cinta? Atau adakah kerana anda telah tercinta si dia? Tanpa anda sedar, sebenarnya anda telah sayang pada dia. Ada sebabnya kenapa ego si dia diciptakan mempunyai ego, kerana si dia telah mewarnakan hidup anda. Jadi, anda mempunyai dua pilihan, jika anda ingin menjatuhkan ego dia semata-mata anda benci dia, baik anda menjauhkan diri anda daripada dia, kerana kelak apabila si dia sudah tiada, pasti anda akan teringat pada dia. Atau anda teruskan menyayangi si dia dengan menunjukkan kasih dan sayang anda pada si dia. Biarkan si dia tidak mengerti, lama kelamaan pasti si dia juga akan mula sayangkan anda. This is law of attraction! Apabila satu hati mencintai yang lain, satu lain tidak mencintai sebagaimana dia dicintai.


7. JANGAN MEMALUKAN DIA
Kalau anda benar-benar menjatuhkan ego dia, malukanlah dia dihadapan orang ramai. Ya, kemungkinan besar dia akan berlalu pergi daripada tempat itu malahan mungkin juga akan menangis. Mungkin itu yang anda ingin lihat sebagai seorang perempuan. Ops…Bukan perempuan, perempuan murahan. Kerana apabila anda menjatuhkan ego si dia apatah lagi menjatuhkan maruah dia di khalayak ramai, anda juga telah memalukan diri anda sendiri. Tetapi ingat, hidup anda tidak akan aman lagi kerana dibayangi oleh si dia yang pada bila-bila masa akan membalas kembali apa yang anda lakukan. Mungkin si dia akan kembali untuk meragut nyawa anda, atau mungkin orang yang anda sayangi.

0 cara mengatasi masalah "TIDUR"


1. Tukar tabiat anda

a. Berhenti merokok

b. Jangan tidur pada siang hari

c. Kurangkan pengambilan alkohol dan kopi

d. Bersenam di awal hari dan bukan sebelum masuk tidur

2. Ubahsuai persekitaran tidur anda

a. Gunakan bilik tidur hanya untuk tidur sahaja.

b. Pastikan persekitaran bilik tidur berkeadaan tenang dan selesa

3. Amalan sebelum tidur

a. Ikut jadual tidur yang tetap.

b. Jangan mengambil makanan yang terlalu berat sebelum tidur

c. Tidur bila rasa mengantuk

d. Berehat sebentar sebelum masuk tidur.

kesan dan akibat yang akan anda hadapi "

Masalah tidur boleh mengganggu pemikiran,emosi dan tingkah laku. Ia juga menjejaskan kerja, pembelajaran dan perhubungan seharian. Anda akan :

-Cepat menjadi marah
-Sukar mengawal emosi
-Sukar memberi tumpuan/perhatian
-Kemungkinan boleh membuat kesilapan
-Berisiko terlibat dalam kemalangan dan kecederaan
aloloh .. comel sangatt .. :D

  

 

make life simple don't make trouble Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates