Sunday, September 16, 2012

1 20 Fakta menarik tentang dunia !


1.Nama paling popular dan banyak digunakan di dunia adalah Muhammad.
2. Ikan yu kehilangan gigi lebih dari 6000 batang setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam masa 24 jam sahaja
3. Julius Caesar tewas dengan 23 tikaman
4. Nama kereta Nissan berasal dari bahasa jepun Ni : 2 dan San : 3. Nissan : 23
5. Zirafah dan tikus boleh bertahan hidup lebih lama tanpa air daripada unta
6. Seorang lelaki lebih mampu membaca tulisan dengan ukuran huruf kecil daripada wanita
7. 98% dari perkosaan dan pembunuhan dilakukan oleh keluarga dekat atau teman si mangsa.
8. Semut dapat mengangkat beban 50 kali tubuhnya
9. Pada tahun 1933, watak animasi Mickey Mouse menerima 800,000 surat dari peminat.
10. Titik diatas huruf i disebut ‘title’
11. Sebutir kismis yang dijatuhkan kedalam gelas berisi champagne segar akan bergerak naik turun dalam gelas
12. Benjamin Franklin adalah anak bongsu dari orang tua bongsu keturunan ke 5 dalam keluarga bongsu.
13. Triskaidekaphobia adalah ketakutan pada 13. Paraskevidekatriaphobia adalah ketakukan pada 13 haribulan jumaat (Friday the 13, terjadi antara 1-3 kali setahun).
14. Lidah zirafah panjangnya sekitar 50cm
15. Mulut menghasilkan 1 liter air liur setiap hari
16. Kita bernafas kira-kira 23,000 kali setiap hari
17. Kod Zip (Poskod) adalah kepanjangan dari ‘Zoning Improvement Plan’.
18. Coca-Cola mengandung Coca (yang merupakan zat aktif pada kokain) dari tahun 1885 sampai 1903.
19. Rata-rata kita menuturkan 5000 perkataan setiap hari (walaupun 80% dari padanya kita bercakap pada diri sendiri)
20. Seandainya kuota air dalam tubuh kita berkurang 1%, kita terus merasa haus


0 Apa yang LELAKI mahukan ?

Apabila seseorang lelaki mahukan satu perhubungan yang serius, dia akan mula memikirkan sesuatu. Apa sebenarnya yang lelaki mahukan?

Mereka mungkin mencari;
  • Wajah yang cantik : mereka sukakan apa yang dilihat,, kebanyakan lelaki sukakan wajah yang lebih semula jadi.
  • Gerak tubuh dan bentuk yang menarik : Bentuk tubuh yang cantik terletak dengan beberapa gerak tubuh merupakan kombinasi yang tepat untuk mendapatkan perhatian mereka. Jagalah pemakanan dan badanmu wahai wanita
  • Senyuman yang manis :Senyuman yang manis membuatkan wajah gadis itu lebih berseri. Senyum selalunya berjangkit dan tak pernah gagal menarik minat seorang lelaki. Jadi kalau kamu mahu dia memandang kamu buat kali kedua, berikan padanya senyuman termanis kamu. Lelaki pasti tertawan
  • Personaliti yang berkeyakinan : Sesetengah lelaki sukakan ciri-ciri tertentu pada wanita. Mereka mungkin tertarik dengan keyakinan kamu yang tinggi dan mahu mengenali kamu dengan lebih lanjut. Ini selalu terjadi
  • Sentiasa positif : Lelaki mahukan perempuan yang tabah, berkeyakinan dan sentiasa positif. Mereka perlukan seseorang yang mampu menyokong dan percayakan impian mereka. Seorang wanita yang sentiasa ceria dan bersemangat pasti merupakan impian setiap lelaki. 


P/S: Jadilah wanita yang menjadi idaman lelaki. Baik luaran dan juga dalaman :)

0 Tanda-tanda 100 hari sebelum kematian manusia


Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.


Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian
 – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.
3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Hari kematian
 – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telahmenghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
sesungguhnya Ajal Maut Jodoh Rezeki  di tangan Allah 
Maha Suci Allah .Allah Maha Besar !

0 PENGORBANAN seorang IBU yang tak TERBATAS

Masa usia setahun , ibu suapkan makanan dan memandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam. Saat usia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain. Kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil tertawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil. Ketika usia 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh kasih sayang.Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan. Masuk usia 4-5 tahun, ibu belikan pensil warna dan pakaian. Kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding dan bergolek atas lantai kotor. Saat usia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita ke Tadika.Kita ucapkan terima kasih dengan menjerit," Tak mahu! Tak mahu !". Ketika usia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola, kita ucapkan terima kasih dengan memecahkan cermin rumah jiran.

 Setelah usia 8-9 tahun, ibu menghantar kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan ponteng sekolah. Di usia 10-11 tahun, ibu menghabiskan masa sehari suntuk dengan kita, kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dan asyik bermain dengan kawan. Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian menutup aurat, kita ucapkan terima kasih dengan memberitahu bahawa pakaian itu ketinggalan zaman. Ketika menjangkau 18 tahun, ibu menangis apabila tahu kita di terima masuk universiti , kita ucapkan terima kasih dengan bersuka ria bersama kawan-kawan. Menjelang usia 20 tahun, ibu bertanya apakah kita ada teman istimewa, kita katakan,...." itu bukan urusan ibu”. Setelah usia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan perkawinan kita, ibu menangis dan memberitahu bahawa dia sangat sayangkan kita, tanda kita ucapkan terima kasih dengan pindah jauh darinya. Ketika usia 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat mengenai 

penjagaan bayi, kita dengan megah berkata,... " itu dulu , sekarang zaman moden ". Ketika usia meningkat 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan tentang kenduri di kampung, kita berkata, " kami sibuk...tak ada masa nak datang ". Menjelang usia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya. Kita bercerita tentang kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban bagi anak-anak. Dan kemudian suatu hari...kita mendapat berita ibu meninggal, khabar itu mengejutkan.... dalam linangan air mata, segala perbuatan terhadap ibu muncul dalam ingatan satu persatu.... Saat di taman kanak-kanak, ibu menghantar hingga masuk ke dalam kelas,ibu perlu menunggu di sebelah sana. 

Aku tak peduli sebanyak manapun pekerjaannya di rumah, aku tak perduli hujan, panas atau rasa bosannya ketika menunggu. Aku senang ibu menungguku sampai lonceng berbunyi. Setelah besar, aku sering meninggalkannya bermain dengan teman-teman dan berseronok.Tak pernah aku menemani ibu ketika sakit, ketika ibu memerlukan pertolongan aku tak pernah ada. Masuk alam remaja, aku sering merasa malu berjalan bersama ibu. Pakaian dan dandannyaku anggap kuno dan tak serasi dengan penampilanku. Bahkan sering kali aku sengaja mendahuluinya berjalan satu dua meter di depannya agar orang tak menyangka aku bersamanya... malu!.. Padahal ibu yang menjagaku sejak kecil, tak pernah 

memikirkan penampilannya, tak pernah membeli pakaian baru , apalagi perhiasan baru untuknya tapi ibu gunakan untuk membelikanku pakaian yang bagus-bagus agar aku kelihatan cantik. Ibu mengangkat tubuhku ketika aku jatuh, membasuh luka di kaki dan mendekapku erat-erat saat aku menangis. Mulai masuk di Intitut pengajiaan tinggi, aku makin jauh dengannya. Aku pintar dan cerdas sering kali menganggap ibu orang bodoh dan tak mengerti apa-apa. Ibu yang ku anggap bodoh, tak berwawasan , tak mengerti apa-apa, dan bukan orang berpendidikan, doa di setiap sujudnya, pengorbanan dan cintanya tak pernah terhenti sedetikpun untuk anak-anaknya.

p/s : hargailah ibu anda selagi dia masih hidup! 

:D love my mum so much!miss u :(

0 18kata-kata ringkas TAPI mempunyai MAKNA yang MENDALAM


Di bawah adalah 18 contoh kata-kata kecil yang membawa maksud yang besar dalam cara yang amat positif.

1. Terima kasih.

Oleh kerana setiap dari kita ini mahu berasa diri dihargai, kata-kata penghargaan akan membuatkan hati rasa hidup dan dihargai. Perkataan seperti - Terima kasih, saya menghargai diri awak, saya rasa berterima kasih pada awak – kata-kata ini adalah makanan kepada jiwa.

2. Saya maafkan awak.

Kita semua melakukan kesilapan dalam hidup. Tanpa disedari atau tanpa niat, kita mungkin melukakan hati kawan-kawan, anak-anak, rakan sekerja dan orang lain. Kata-kata kemaafan menyembuhkan luka di hati dengan membuang beban rasa bersalah yang melumpuhkan diri.

3. Saya sayangkan awak.

Barangkali mungkin pernyataan yang terbesar dalam kalangan yang lain, tiada bandingan untuk: “Saya sayangkan awak”. Kata-kata ini membongkar pemberian Ilahi yang paling fitrah, paling murni, paling suci terhadap manusia: kasih sayang. Hanya satu perkara sahaja yang boleh mengatasi kata-kata “Saya sayangkan awak”, iaitu dengan menunjukkan kasih sayang melalui perbuatan.

4. Saya sudah salah.

Beberapa kata-kata mempunyai kuasa untuk menyalakan sinar kemaafan, seperti pengakuan berani dan tidak mementingkan diri sendiri terhadap kesalahan diri. Apabila kita terluka, kita tahu bahawasa perkara yang telah lepas tidak boleh lagi diubah; namun pengakuan diri terhadap segala keperitan yang telah terjadi kerananya menjadi titik tolak ke arah masa depan yang lebih baik.

5. Awak cantik.

Apabila kita terasa diri tidak cantik, hodoh luaran atau dalaman, ianya amat bermakna apabila kita mendengar masih ada orang yang menganggap kita cantik.

6. Tak apa.

Apabila kita risau, terluka, runsing atau takut, kata-kata sokongan ini membantu membawa ketenangan kepada fikiran. Jika anda pernah menangis dalam dakapan rakan atau kawan anda, anda pasti tahu betapa rasanya untuk ada seseorang yang menyatakan pada anda bahawa segalanya pasti akan jadi baik.

7. Saya faham.

Sudah menjadi fitrah manusia untuk cuba memahami, maka tiadalah yang lebih mengecewakan daripada rasa diri disalah faham. Dalam masa kita terasa keseorangan, disalah fahami atau terasing dalam pendapat diri; seorang sahabat yang memahami adalah sangat-sangat dihargai. Kita tidak semestinya memerlukan orang lain untuk bersetuju dengan pandangan kita, tetapi kita perlu seseorang yang boleh mengatakan, “Saya faham. Saya mula nampak apa yang awak katakan. Saya faham maksud awak.”

8. Awak selamat.

Apabila kita terasa lemah dan takut, kata-kata ini mempunyai kuasa untuk mengembalikan rasa selamat dan perlindungan yang kita perlukan. Ketakutan boleh jadi penyakit pada minda, tetapi kata-kata selamat ini adalah sebahagian daripada penawarnya.

9. Saya mengagumi awak.

Adanya orang yang memandang tinggi pada anda, berfikir tingginya anda, atau terispirasi untuk menurut jejak langkah anda adalah sesuatu yang sangat memberi motivasi. Kata-kata kekaguman adalah memberi semangat, kerana ianya memberi rasa diri kita penting dengan mengingatkan kita bahawa kita memberi kesan kepada yang lain.

10. Saya sokong awak.

Apabila membuat keputusan yang sukar, yang mungkin atau mungkin tidak yang terbaik, ianya sangat bermakna untuk tahu bahawa ada orang bersama anda walau apa pun. Kenyataan seperti, “Saya bersama awak” dan “Saya sokong awak” memberi kita perangsang untuk bergerak ke depan dengan lebih berani.

11. Awak boleh lakukannya.

Apabila anda terfikir untuk berputus asa atau sedang melawan rasa sangsi pada diri, kata-kata perangsang boleh memberi makna yang cukup bererti pada anda. Macam ada sesuatu berkenaan mengetahui bahawa ada orang lain yang percaya pada anda yang menyuburkan semula kepercayaan pada diri anda yang sepatutnya anda ada.

12. Awaklah orangnya.

Kata-kata ini mengatakan saya pilih awak, awaklah orangnya untuk saya, awak istimewa. Tidak banyak perkara yang mengatasi perasaan yang terbit apabila mengetahui bahawa anda berada dalam kedudukan yang istimewa pada seseorang.

13. Ini semuanya untuk awak.

Kebanyakan hari-hari dalam hidup bukan semuanya kita lakukan untuk diri kita, tetapi kita tidak akan lupa hari-hari yang sememangnya untuk kita. Masa-masa seperti harijadi, perkahwinan dan hari graduasi; kita sangat-sangat merasakan bahawa ianya adalah hari-hari teristimewa buat kita. Ianya sangat mengembirakan untuk mempunyai rakan-rakan yang tidak mementingkan diri yang membenarkan hari-hari istimewa anda untuk menjadi 100% semuanya tentang diri anda.

14. Saya ada di sini untuk awak.

Jika perlu teman untuk menangis, anda tahu betapa berkuasanya kata-kata ini. Ianya mengingatkan kita bahawa kita tidak sendirian, bahawa ada orang untuk membantu kita mengharungi kesakitan, kehilangan, kelukaan dan segala kesukaran hidup. Orang yang nampak seperti hidup mereka berjaya pun memerlukan seseorang yang boleh dipercayai di samping mereka.

15. Kerja yang hebat.

Tahniah. Kerja yang hebat. Kerja yang sempurna. Sama ada kita akui atau tidak, kebanyakan kita seronok dengan pengikirafan dari mereka yang lain terhadap usaha-usaha kita. Kata-kata pengiktirafan dan puju-pujian menggerakkan kita untuk berbuat lebih lagi, berkerja lebih kuat dan memberi rasa harga diri.

16. Saya rindu awak.

Kita tidak mampu untuk sentiasa berada bersama dengan orang-orang yang kita sayangi dan cintai, namun ianya sangat bermakna untuk mengetahui diri kita dirindui semasa ketiadaan kita. Ini adalah satu cara untuk menyatakan, saya sayangkan kehadiran diri awak dan saya tidak mampu lagi menanti saat untuk kita bersama lagi.

17. Awak penting.

Kita semua mahu rasa diri kita penting buat seseorang atau sesuatu selain dari diri kita. Mendengar yang diri kita dihargai oleh orang lain, terutama pada masa anda terasa diri tidak berguna atau tidak penting, adalah sangat istimewa.

18. Maafkan saya.

Apabila hati sakit, permintaan maaf yang ikhlas membuka ruang untuk kemaafan dan berbaik semula. Saya minta maaf, tolonglah maafkan saya, saya mohon kemaafan – semua kata-kata ini menunjukkan pengakuan terhadap kerosakan yang dilakukan dan kemahuan untuk mengurangkan sakitnya.

Semoga anda kata-kata ringkas dengan makna yang besar ini bermanfaat untuk anda. Sepanjang anda meneruskan hari anda, bercakaplah dengan baik dan gunakanlah kata-kata ini, yang mana anda sendiri pun suka untuk mendengarnya. Akhir kata, ingatlah orang tidak tahu bagaimana perasaan kita sehinggalah kita menyatakannya dan jangan anggap mereka tahu. Selamat menjalani hari anda.
 

make life simple don't make trouble Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates