Saturday, September 15, 2012

0 Kita Sendiri Yang Hina Nabi dan Islam Tanpa Disedari


Kita Sendiri Yang Hina Nabi dan Islam Tanpa Disedari

Seluruh dunia Islam sekarang ini kecoh dengan demonstrasi bantahan terhadap filem Innocence of Muslims arahan Sam Bacile, yang berketurunan Israel Amerika yang secara terang-terangan menghina Nabi Muhammad SAW dengan menggambarkan Rasulullah SAW sebagai seorang yang 'gila perempuan, penipu dan orang gila’. Di dalam trailer filem tersebut juga turut menghina Al–Quran dan para sahabat Nabi.

Tapi kan... Kadang-kadang kita terlalu ekstrim berdemonstrasi sehingga akhlak kita tidak terjaga, emosi tidak terkawal, nafsu menguasai akal. Merujuk kepada pembunuhan duta Amerika Syarikat di Libya sebagai protes terhadap filem tersebut, wajarkah tindakan melulu tersebut? Ibarat abang yang membunuh, adik yang kena hukum gantung. Di manakah keadilan? Islam itu berjalan menggunakan akal fikiran yang wajar. Bukan menurut emosi membabi buta. Kita marah bila orang label umat Islam pengganas, tapi kita sendiri yang bertindak ganas.Tindakan seperti itu hanyalah seperti mengiyakan bahawa Islam itu sememangnya pengganas seperti digambarkan dalam filem tersebut.



Cuba kita sama-sama muhasabah diri kita balik. Kita marah orang hina Nabi. Tapi kita sendiri hina Nabi tanpa kita sedari. Kita sendiri yang hina Islam secara tak langsung.

1. Kita marah, lalu kita maki hamun orang yang hina Islam. Tapi kita terus menerus menjadikan kata carutan dan makian sebagai zikir harian dan bahan gurauan. Kita marah orang cakap Nabi penipu, tapi kita senantiasa berbohong dan menipu diri sendiri.

2. Kita marah bila orang cakap Nabi kasanova dan kaki perempuan. Tapi kita sendiri yang main perempuan, bebas bertukar pasangan. Bergaul bebas dan bersentuhan antara bukan mahram tanpa segan silu. Yang lucah jadi santapan mata.

3. Kita sibuk suruh hackers godam laman web dan video yang hina Islam. Tapi iman kita masih digodam oleh hawa nafsu. Kita masih biarkan nafsu dan akal fikiran kita digodam oleh syaitan.

4. Kita kononnya nak boikot barangan kafir, tapi kita sendiri tidak mahu boikot cara hidup dan budaya orang kafir. Kita masih menjadikan selebriti kafir sebagai idola. Kita masih terikut-ikut dengan fesyen pemakaian mereka.

5. Kita hina, maki hamun dan perlekeh ulamak. Sedangkan ulamak itu pewaris Nabi. Bila nampak orang pakai serban, pakai jubah, simpan janggut panjang, kita perli dan pandang serong terhadap dia. Kita dah hina sunnah Nabi.

6. Kita marah orang hina, ppijak dan bakar Al-Quran tapi kita sendiri tidak mengamalkan apa yang terkandung dalam Al-Quran. Malah kita mempersenda dan memandang ringan hukum yang ada dalam Al-Quran. Sentuh Al-Quran pun jarang-jarang. Kita sendiri dah 'pijak' Al-Quran secara tak langsung.

7. Kita kononnya nak jadi 'gangster beriman' macam Saidina Umar Al-Khattab nak pertahankan Nabi. Sedangkan maksiat di depan mata berlaku pun, tangan dan kaki kita masih kaku. Rambut awek dan bini terjojol pun kita takut nak tegur. Nampak tabligh pun kita lari.

8. Kita melaungkan semangat jihad berkobar-kobar, tapi kita masih bergaduh sesama Islam. Malah kita sibuk mempertahankan golongan yang secara terangan melakukan maksiat. Artis kesayangan kita ditegur, kita sibuk back-up. Team bola feveret kita diejek, kita melenting bertegang urat. Isu remeh yang langsung tidak membawa kepada pembangunan ummah diperbesarkan. Bagaimana Islam nak menang jika umatnya tidak bersatu?

9. Kita sembang besar dah bersedia nak berperang dengan kafir laknatullah, sedangkan solat berjemaah kat masjid pun seminggu sekali saja. Solat pula sengaja dilambatkan. Dah masuk Isyak, baru kita nak kelam kabut solat Maghrib. Subuh pun masih subuh gajah apatah lagi nak bangun qiamullail. Yang tak solat langsung tu lagi berlambak.

Pernah dengar ungkapan yang Islam takkan menang selagi solat fardhu jemaah di masjid tidak seramai solat jumaat? Ini solat jumaat pun masih ramai yang ngelat. 

10. Kita semangat nak langgar orang kafir yang hina Islam, tapi kita sendiri  langgar syariat dan perintah Allah. Apa yang kita buat untuk tegakkan syiar Islam? Kita hanya bersemangat menentang orang yang hina Islam tapi kita longlai dalam beribadah. Kita sebenarnya sudah rebah dan tewas sebelum melangkah ke medan jihad lagi.

Nampak?



Sebenarnya, kita sendiri yang hina Allah s.w.t jika kita melanggar perintah dan larangan-Nya. Kita sendiri yang hina Nabi s.a.w jika kita tak hargai susah payah Nabi berjuang menyebarkan Islam dengan mengabaikan ajaran dan sunnah baginda. Sebenarnya kita sendiri yang hina Islam jika kita tidak menjadikan Islam sebagai panduan hidup. Sebab itu Islam terus menerus dihina dan diperlakukan sedemikian rupa. Kerana mereka tahu kita masih hanya Islam pada nama sahaja.


Bukanlah niat untuk mempersenda usaha orang yang berdemonstrasi menyuarakan bantahan terhadap penghinaan Nabi tersebut. Usaha itu bagus kerana di situ kita dapat lihat dalam diri kita masih ada potensi sebagai pejuang Islam, masih ada rasa sayang terhadap Allah, Rasul dan agama kita, Islam. Cuma untuk sama-sama kita muhasabah diri agar kita dapat serlahkan lagi potensi tersebut untuk melengkapkan diri menjadi pejuang Islam sebenar seperti di zaman kegemilangan Islam dahulu.

Hentikanlah penghinaan terhadap Allah, Rasul dan Islam yang kita telah lakukan secara tidak langsung ini. Amar ma'aruf, nahi mungkar. Allahu Akbar!

busuk.org#copy

0 10 Jenis lelaki yang MEMBAHAYAKAN wanita


Ini tips untuk wanita-wanita,  kena berhati-hati dengan jenis lelaki ini. Lelaki-lelaki tersebut boleh membuat hidup anda bermasalah macam mereka juga.
  • Lelaki yang sering berkata: “Abang memang sayang kat ayang, tapi abang belum bersedia untuk hubungan yang serius”. Amboi dah 3 tahun berkepit sana sini, masih belum bersedia ker? ha..ini lelaki tarak betoi punya. Diorang nak flirt jer, walhal anda belum ada dalam kamus hidup mereka.
  • Lelaki yang call/sms ikut suka hati diorang jer. Eh ikut suka ati diorang ja nak jumpa kita, nak call kita, bila kita perlu kan dia, bayang pun tak nampak.
  • Lelaki yang suka ajak dating, tapi bukan dating pon. Paham tak ayat tu? ala, korang tak pernah ker pergi dinner berdua?, jejalan berdua, tengok sunset berdua? Kalau orang lain tengok sure ingat korang couple & tengah bercengkerama. Padahal si lelaki tak pikir pun tu dating. Kepada wanita, jangan asyik keluar kehulur kehilir dgn lelaki sangat. Jatuh saham nanti babe.
  • Lelaki yang dah ada awek, tapi selalu sms/call n jumpa anda. Ooo ini lelaki paling bahaya, tapi malangnya paling banyak di Malaya. Lelaki jenis ni dah ada awek, tapi wanita lain juga dia nak bermesra. Bila kantoi dengan awek, diorang akan cakap korang kawan jer, takkan nak berkawan tak boleh? Amboi. Kalau setiap malam call, bila awek not around, mula naik tocang. Lelaki jenis ni ternyata buaya tembaga tak laku.
  • Lelaki yang pikir apa diorang buat semua betoi. Aduhai, pandangan kita semua salah, dia jer yang betol, Diorang ni jenis penting diri sendiri dan tak kan pikir perasaan orang sekeliling termasukla korang.
  • Lelaki yang blurrrr sentiasa. Contoh nya, lelaki yang tak paham kehendak wanita, even korang cakap terus terang pun dia ingat itu benda remeh ja. Ambil ringan perasaan kita.
  • Lelaki yang tak tahu kehendak sendiri. Kalau la diorang tak reti nak paham kehendak sendiri, korang ingat diorang boleh paham korang?
  • Lelaki yang selalu kacau korang, walaupun korang tu tengah busy menyelamatkan dunia. Lelaki suka sangat nak berkepit dengan korang, tak kira la korang keja ke apa ker. Sikit2 call, sms, nak jumpa. Mula-mula korang rasa ok. Tak lama kemudian korang sure tak tahan. Rimas dan lemas.
  • Lelaki yang suka kutuk lelaki lain, dengan harapan korang tak dekati lelaki yang dikutuk. Sah-sah lelaki ni kuat jeles, dan jangan terkejut diorang ni jenis ngada-ngada.
  • Lelaki yang tak dapat memberi layanan yang betul untuk seorang wanita. Apa lagi korang harap? buat siksa jiwa jer. nampak sangat lelaki jenis ni sukar nak bahagiakan korang.

0 7kebaikkan menangis yang TIDAK kita ketahui


Berikut adalah 7 manfaat menangis untuk kesihatan kita :

1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.
2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titik mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan paras stress kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan hasil dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi-kan sistem metabolisme tubuh jika nak dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan daripada iritasi mata.
4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis karena emosi ternyata mengandungi racun. Tapi jangan salah anggap, kerana keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.

5. Mengurangkan stress
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress eh? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh ddikenali sebagai endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.
6. Membangun komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang membangunkan sesebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan sahabat atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi seseorang.
7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun kita rasa bagai didera pelbagai macam masalah dan dugaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.
Setelah menangis, sistem badan seperti otak dan jantung akan menjadi lancar. Oleh itu, menangis akan membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran kita dengan menangis. Pasti lepas tu kita akan merasa sangat lega.

0 Kenyataan tidak boleh menjadi wali


KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU) meminta pihak-pihak yang mendakwa bahawa lelaki memakai seluar pendek atas kepala lutut lebih tiga kali tidak boleh menjadi wali supaya mengemukakan dalil dan nas bagi menyokong hukum itu.
Pengerusinya, Ustaz Fathul Bari yang dihubungi Mynewshub.my berkata, bukti dari sumber yang kukuh diperlukan agar kenyataan tidak boleh menjadi wali itu tidak mengelirukan fikiran masyarakat Islam.
Seterusnya kata beliau, ia bagi mengelakkan dari timbulnya persepsi masyarakat yang mudah menjatuhkan hukum sesat kepada individu-individu tertentu.



“Wali sebenarnya bukan dilantik oleh manusia tetapi ia pilihan Allah S.W.T. Ciri-ciri wali ada disebut dalam Al-Quran iaitu mereka yang beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T.“Kesimpulannya, tunjukkan dalil dan nas Al-Quran yang menyatakan kenyataan itu (lelaki berseluar pendek) tidak boleh menjadi wali,” kata Ustaz Fathul di sini hari ini.
Kata Ustaz Fathul, seseorang lelaki yang memakai seluar pendek itu sememangnya mendapat dosa kerana mendedahkan sebahagian anggota badan.
Namun, beliau menegaskan, setiap manusia tidak akan terlepas dari melakukan dosa termasuklah alim ulamak dan juga wali.
“Setiap anak Adam itu tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Kalau melakukan dosa kecil sebanyak tiga kali, jadi tak layaklah menjadi wali? Macam mana kalau dia bertaubat? Jadi, keadaan itu semua adalah penentuan oleh Allah S.W.T mengenai siapa yang yang dekat di sisi Allah S.W.T.
“Kesimpulannya, seseorang lelaki itu boleh jadi wali selama mana tidak melakukan dosa yang besar, tidak terkeluar dari Islam dan tidak ada kekhilafan,” katanya.
Justeru itu, Ustaz Fathul juga menasihati orang ramai untuk melakukan kajian dan berhati-hati ketika berbicara mengenai dosa atau pun memberikan hujah mengenai ilmu Islam.
“Minta berhati-hati dalam mengulas isu ini. Kita boleh dapatkan pendapat dari golongan ilmuan dan ulamak yang arif supaya tidak tersalah cakap,” tambahnya.

 

make life simple don't make trouble Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates