Saturday, August 4, 2012

0 bagaimana nak tambah tinggi?jadi tinggi ops !


Bagaimana Untuk Saya Nak Jadi Tinggi | Nak Tambah Tinggi

Ramai lelaki dan wanita yang nak jadi tinggi. Ada yang betul-betul rendah, ada yang tidak terlalu rendah, tetapi mereka menginginkan nak jadi tinggi. Ketinggian memang suatu yang objektif dan boleh diukur. Bagaimana untuk saya nak jadi tinggi? Inilah soalan yang sering ditanyakan oleh mereka yang ingin tambah tinggi, atau mereka yang merasakan diri mereka rendah. Beberapa kaedah, teknik atau tips untuk menjadi tinggiialah dengan melakukan tips tambah tinggi dibawah ini
1 – Senaman - lakukan weight training sekurang-kurangnya 2 kali seminggu, dan senaman hendaklah fokus kepada belakang (tulang belakang/spine). - nak jadi tinggi tak boleh malas excercise
2 – Backward Bend – lakukan senaman ni setiap pagi, selepas bangun tidur.
3 – Sumber Tenusu – Minum susu setiap hari, pagi, petang, dan malam. Ketika sarapan pagi tu, biasakan makan roti bersama-sama keju (cheese). Sumber tenusu kaya dengan kalsium dan vitamin D yang membantu pertumbuhan tulang. Tulang penting untuk nak jadi tinggi.
4 – Elak Kafein – Katakan TIDAK pada kopi, teh dan coklat, kerana minuman-minuman ini mengandungi kafein (kafein menghalang penyerapan kalsium untuk pembentukan tulang). Sekarang korang faham kenapa doktor/mak tak bagi korang minum kafein masa kecik-kecikdulu?
5 – Tidur - Tidur dengan secukupnya setiap hari, sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam.
6 – Disiplin - Ikut semua petua-petua di atas, jangan sekali-kali mengelat. Anda akan nampak keputusannya selepas tempoh 2-3 bulan, InsyaAllah.
P/S: Tips di atas juga bergantung pada faktor umur. Manusia masih boleh jadi ‘tinggi’ ketika awal 20-an (ada yang sampai umur 24 tahun pun masih boleh meningkat tinggi, ada juga yang dah berhenti seawal 22 tahun, ini bergantung pada genetik/jantina).

ataupun :

  • Minum susu.
  • Main gayut gayut kat taman
  • Tidur straight kaki
  • Makan banyak buah.
  • Minum milo.
  • Makan Calciyum banyak banyak
  • Jauhi garam garam melampau.
  • Minum air masak banyak.
  • Jangan skip makan pagi.
  • Makan kurma sebijik sehari.
  • Lepas makan, rehat dulu 10 minit.

  • boleh la try lepas nie kan .hehe ;p

    0 knp wanita suka lelaki berjanggut ?

    Janggut lebat yang dimiliki lelaki ternyata menjadi daya tarik tersendiri bagi wanita. Di mata wanita, janggut memberikan pesona yang membuat lelaki jadi lebih menarik.dan tertarik .

    Lelaki identik dengan penampilan yang macho dan jantan. Salah satu cara mendapatkannya yakni dengan menumbuhkan janggut. Dengan sifat tersebut, mereka bukan saja menarik tetapi juga terkesan maskulin.

    Kesan macho dan jantan itu pun ternyata diamini wanita. Bagi mereka, lelaki yang memiliki janggut kelihatan lebih macho dan maskulin. Tak hanya itu, janggut juga membuat lelaki jadi terlihat lebih menarik dan seksi di mata wanita. Rupanya, hal ini pula yang membuat para penyelidik ingin mengetahuinya lebih lanjut, seperti dilaporkan Cosmopolitan.

    Sebuah penelitian baru yang dimuatkan di 'Journal Behavioral Ecology' mencari, bahawa lelaki kelihatan lebih macho ketika dia mempunyai janggut. Para penyelidik mendapati kecenderungan tersebut berkaitan hubungannya dengan rahang. Janggut membuat rahang lelaki kelihatan lebih besar dan membuatnya kelihatan lebih agresif ketika marah, daripada lelaki dengan wajah bersih tanpa janggut.

    Kajian lain juga mendapati hal yang menarik. Ternyata, sebahagian orang berpendapat bahawa lelaki berjanggut kelihatan lebih pintar, percaya diri, dan dewasa.


     tadaaa ... hihihi


     haa ..kan manis macam nie .hihi
    haa ..
    fahrin ohh fahrin ..ahaks!

    0 10 cara pikat hati "wanita"


    1.TETAP DENGAN CARA ANDA
    Tak usah berpura-pura depan dirinya.Apatah lagi, jika korang terpaksa mencari identiti baru semata-mata mahu memikat dirinya.Tindakan ini sudah pasti akan menyusahkan diri korang sendiri.

    2.BERTINDAK SPONTAN.
    Ini kerana idea yang spontan dilihat sangat kreatif di mata seorang wanita. Ia menambahkan lagi saham.Bila keluar bersamanya,rancanglah perkara-perkara yang menarik supaya dapat memikat hatinya.

    3.BERTEGAS DENGAN APA YANG KORANG LAKUKAN.
    Salah satu karakter yang mungkin boleh diguna pakai ialah ketegasan korang.Jika korang menyatakan minat hendak mendampinginya,berusahalah memikatnya.Apa saja halangan perlu korang tempuhi, anggap saja sebagai mudah dan tunjukkan kesungguhan korang itu.

    4.RANCANG SESUATU YANG MENARIK.
    Rancanglah sesuatu apabila korang ingin keluar berdua.Jangan menunjukkan sikap kelam kabut dan tidak tentu arah. Ingat, kadangkala peluang tidak akan datang berkali-kali. Bila korang melakukan satu kesilapan bermakna korang melepaskan peluang mengenali dirinya.

    5.UTAMAKAN DIRINYA.
    Wanita mencari lelaki yang boleh menyayanginya sepenuh hati, menjaganya dengan baik, mencintainya dengan penuh kasih sayang.Jadi apabila korang berjaya mencuri hatinya, jagalah dengan baik.Jangan abaikan dirinya walaupun sibuk kerana apabila perasaan terluka maka korang mungkin boleh kehilangannya.

    6. BERCERITA TOPIK YANG DIMINATI
    Kalau dia tidak meminati bola, jangan sesekali korang bercerita tentang bola keoadanya. Ia akan hanya membisankan.Sebaliknya cuba selami apa yang diminatinya.Lebih bagus,jika gadis yang korang minat mempunyai minat yang sama dengan korang, lebih mudah berbicara.

    7.MENJAGA KETERAMPILAN DIRI.
    Jangan penampilan selekeh, jaga cara korang berpakaian,kekemasan rambut dan sebagainya.Ini kerana gadis yang korang nak kenal mungkin anak kepada golongan tertentu atau yang menjaga penampilan diri.
    Jadi kalau penampilan korang jauh beza,maka akan dilihat sebagai satu perbezaan cara dan gaya hidup.Oleh itu korang perlu menjaga penampilan diri kerana manusia sekarang suka memandang luaran.

    8.TIDAK TERLALU BERLEBIHAN-LEBIHAN
    Ada pelbagai cara untuk memikat.Tapi kalau berlebihan pasti akan membosankan wanita yang korang minati.Sebaiknya sederhana dalam segala hal.Jangan terlalu berlebihan kerana korang mungkin dibenci kerana sikap itu.

    9.TUNJUKKAN KASIH SAYANG
    Kata orang, satu cara hendak menambat hati suami, ikat dahulu perut dan nafsunya. Itu mungkin kepada lelaki tetapai wanita?.Wanita sangat kalah dengan kasih sayang. Bila korang menunjukkan sikap mengambil berat tentang dirinya, bermakna korang sudah memikat hatinya.

    10.KELAINAN DIRI
    Satu lagi cara ialah dengan memperlihatkan kelainan diri korang.Memang ramai lelaki romantis tetapai adakah korang lelaki romantis berhidung belang? Kalau korang camtue bermakna korang hanya mampu menjerat wanita yang bukan baik hati budinya. Jadi tunjukkan di mana keistimewaan korang yang tiada pada lelaki lain.

    haa .so korang lelaki diluar sana ,ini lah masanya nak memikat perempuan idaman korang diluar sana .lambat2 nant tak ke melepas korang! btw ,orang perempuan nie tak suka lelaki yang annoying! haha jadi faham2 lah yer :D


    0 mcm mna nk tahu jika seseorang itu suka pada kita ?hehe




    ha ..nak tahu jawapannya :


    Setiap orang sentiasa mempunyai cara tersendiri untuk menunjukkan yang dirinya mempunyai perasaan terhadap orang itu.

    Antaranya : ...

    1. Kadang-kala kita perasan seperti ada seseorang memerhatikan diri kita dari jauh seperti gerak-geri kita , apabila kita berbual-bual dengan seseorang, apabila kita ketawa, apabila kita berjalan dan sebagainya.

    2. Apabila kita berada di sesuatu tempat yang kita selalu lepak bersama kawan atau bersendirian seperti di perpustakaan, kantin dan lain-lain, pasti kita akan ternampak akan diri si dia. Apabila kita terpandang mata si dia, si dia cepat-cepat menoleh ke tempat lain atau memandang benda lain kalau dia bersama kawan ataupun semasa memegang buku dan ada sesetengah orang, dia akan memegang hidungnya atau pipinya sebab si dia tersentap sebab kita terpandang si dia secara tiba-tiba. Si dia cuba selindungkan perasaan malunya tetapi dalam hati dia berasa gembira sangat sebab hasratnya tercapai.

    3. Apabila kita hendak balik dari sesuatu tempat seperti balik sekolah, kerja atau lain-lain, kita perasan si dia yang kerap memerhatikan kita tadi mengekori kita dari belakang. Seolah-olah berkelakuan seperti pengintip. Sesetengah orang akan berasa tidak selesa dengan keadaan sedemikian. Jadi, pandai-pandai mengawal situasi seperti itu. Pastikan anda tidak berjalan sendirian kalau si dia berjalan bersama kawan-kawannya. Kita tidak tahu isi hati seseorang.

    4. Apabila kita sedang melakukan seseuatu pekerjaan atau perkara seperti kita sibuk membantu guru atau kawan seperti sedang mengelap, menyapu sampah, mengankat buku dan sebagainya, secara tiba-tiba si dia datang menolong kita sambil senyum-senyum ataupun menunduk ke bawah sebab si dia ingin selindungkan perasaan malu si dia apabila bersama anda. Kalau dalam situasi seperti kita sedang menyapu sampah atau mengangkat buku, si dia akan beri alasan " Sahaja saya nak tolong awak ", " Nampak macam berat buku yang awak bawa", " Saya tengah senang hati ini, sebab itu saya tolong awak " . Sesetengah orang , si dia akan memberi alasan seperti ini " Jangan perasanlah , saya tolong awak sebab saya kasihan tengok awak ini ".Cuba fikir semula, kalau si dia tiada perasaan terhadap kita, kenapa susah-susah nak tolong, si dia yang yang ego akan membiarkan sahaja seserang dalam kesusahan sebab si dia tiada perasaan terhadap kita. Orang seperti boleh dikatakan seorang yang tidak bertimbang rasa. Pentingkan diri sendiri.

    5. Apabila kita sedang berjalan atau berjalan melepasi diri si dia, si dia secara tiba-tiba bercakap dengan kuat, ketawa terbahak-bahak walaupun tiada yang lucu dan lain-lain. Hal ini kerana dia ingin kita perasaan akan kewujudan si dia dan supaya kita memandang wajahnya. Sebab si dia faham kalau si dia berkelakuan seperti itu, kita sudah pasti ingin tahu siapakah orang itu , siapakah yang membuat bising ketika kita sedang fokus terhadap sesuatu kerja atau sedang membaca buku atau ketika sedang berbual dengan kawan-kawan. Si dia ingin akan perhatian dari orang yang disukai atau cintai sebab kalau orang yang disukai atau cintai tidak memberi perhatian kepada si dia, si dia akan berasa kecewa ataupun dia akan berusaha lebih gigih untuk mencapaikan hasratnya itu.

    6. Ketika kita bercakap dengan si dia, si dia akan melayan kita dengan lemah-lembut, sopan santun, berbudi bahasa, dan menjaga tutur katanya. Sebab itu adalah cara itu si dia membuatkan kita tertarik akan dirinya. Dan, cuba lihat cara si dia ketika sedang bercakap dengan orang yang tidak berkenan atau tiada perasaan terhadap orang itu, pasti dia akan buat acuh tak acuh dan tidak seperti si dia melayan kita seperti seorang yang istimewa ataupun berharga kepada diri si dia.



    7. Apabila kita memberi sesuatu kepada si dia, si dia akan mengambilnya dengan senang hati, gembira, dan lemah-lembut sebab si dia tidak ingin anda menganggap dirinya seorang yang kasar. Dan, si dia akan mengucapkan terima kasih kepada kita sebab si dia menghargai benda yang kita telah berikan kepadanya. Contohnya, kita beri dia hadiah, si dia akan menjaganya dengan cermat sehingga si dia berasa tidak sanggup untuk kehilangannya atau merosakkannya sebab itulah benda paling berharga bagi si dia. Ataupun, ketika kita beri si dia pen untuk si dia menulis sebab si dia terlupa hendak bawa, si dia akan menggunakannya dengan berhati-hati dan cermat sebab takut merosakkan barang kita berikan kepada si dia. Si dia secara tidak langsung akan menganggap itu adalah amanah yang diberikan kita kepada dirinya.

    8.Kalau kita menanyakan sesuatu soalan kepada dirinya, si dia akan menjawab dengan bersungguh-sungguh, bersemangat, dan jujur serta pantas. Tidak seperti orang lain, orang yang tidak mempunyai perasaan terhadap kita , si dia akan menjawab dengan lambat ataupun buat tidak tahu ataupun melayan orang lain dahulu. Contohnya " Sekejap..." atau " Selepas ini saya layan awak.. "


    9. Si dia akan berada di sisi kita pada setiap masa pada waktu senang dan susah. Sebab si dia percaya yang kita boleh harapkan dirinya dan percayakan dirinya. Si dia ingin kita merasai keikhlasan hatinya terhadap kita. Si dia ikhlas hati untuk berada di sisi kita.


    10. Apabila si dia perasan kita tidak datang sehari dua atau lambat untuk tiba seperti kita ada mesyuarat, tuisyen, dan sebagainya, si dia berasa tidak bersemangat dan seolah-olah berasa mengantuk, marah, tidak puas hati dan seperti orang yang putus cinta. Hal ini kerana si dia berasa tidak senang hati apabila kita tiada dan si dia rindu untuk menatap wajah kita walaupun sedikit. Tetapi, apabila kita sampai atau datang selepas dua tiga hari, si dia tiba-tiba bersemangat, lapang hati dan tidak mudah marah sebab si dia perasan akan kewujudan diri kita. Kadang-kala, si dia akan tanya kita. Contohnya " Awak sakitkah ? , " Kenapa tidak datang ? Saya risaulah " dan sebagainya. Itu memberi petunjuk kepada kita, yang kita ini mempunyai seseorang yang akan mengambil berat tentang diri kita walaupun hal tersebut adalah ringkas dan kecil untuk dirisaukan. 


    11. Si dia akan mengikut minat kita. Contohnya, kita suka bermain dengan pen apabila kita sedang berfikir, keliru, atau sedang bercakap, ketika kita sedang mendengar muzik semasa makan atau semasa belajar atau kerja, apabila si dia perasan kita gemar bersukan padahal si dia bukan seseorang yang gemar bersukan dan sebagainya. Si dia ingin kita tahu yang dirinya meminati diri kita dan si dia turut ingin kita tahu bahawa dirinya mempunyai perasaan terhadap kita. Kadang-kalanya, si dia akan turut ketawa bersama kita walaupun dirinya merasa perkara tersebut tidak lucu atau si dia akan mengikuti jawapan yang kita berikan apabila seseorang tanya soalan kepada kita atau menyokong diri kita walaupun si dia tahu bahawa orang lain tidak bersetuju dengan pendapat kita. 


    12. Ketika kita sedang bermain atau bersukan, si dia akan memerhatikan gerak-geri kita. Sebab si dia berasa sangat berminat untuk tahu mengenai diri kita. Si dia akan cuba memahami diri kira sedikit demi sedikit kerana ia perkara yang sangat penting bagi dirinya walaupun kita tidak meminta si dia memahami diri kita ini. Ini tandanya si dia menghargai diri kita. Dan, kalau kita selepas bersukan atau bermain dan berpeluh sampai baju pun basah, sudah tentu kita akan perasan yang kita sedang berbau badan, dan , pada masa itu juga si dia muncul di hadapan kita, sudah tentu kita akan mengelakkan diri atau menyembunyikan bau badan kita sebab ia sebahagian daripada keaiban kita. Tetapi, si dia akan berpura-pura tidak menghidu sesuatu pun atau buat tidak endah sebab si dia tidak pedulikan dengan semua itu dan si dia beranggapan " Setiap orang mempunyai bau badan cuma diri mereka sendiri tidak menyedarinya " dan si dia tidak menutup hidung dengan sesuatu pun atau cuba kipaskan dengan tangan untuk menghilangkan bau badan kita. Jika si dia seorang yang bertimbang rasa dan memahami isi hati orang lain, si dia akan menyuruh kita berada di bawah kipas, berehat sekejap sambil memberi kita minuman atau makanan, memberi kita pewangi ketiak atau minyak wangi, memberi kita tuala yang si dia baru beli atau bawa khas untuk kita dan si dia melayan kita seperti biasa tanpa mengendahkan bau badan kita walaupun kita berasa tidak selesa dengan keadaan kita pada masa itu. Si dia berkelakuan seperti itu sebab si dia tidak ingin orang lain mentahui keaiban diri kita dan si dia hanya ingin dirinya sahaja yang tahu mengenai diri kita seolah-olah ia adalah sesuatu rahsia yang berharga kepada dirinya. 


    13. Jika anda seorang yang berfikiran seperti ini " Si dia tidak menepati jangkaan saya " . Menepati jangkaan bermaksud menepati tekaan anda buat atau dikenali sebagai kesimpulan ringkas tentang dirinya. Kita boleh menjangka si dia akan melakukan itu ini dan tidak akan melakukan itu ini yang salah. Jika si dia menepati jangkaan kita, ertinya kita memahami diri si dia dan boleh dikatakan si dia adalah untuk kita. Contohnya " Saya yakin dia akan memerhatikan saya bermain pada petang ini ", " Saya pasti dia akan menunggu saya nanti" atau " saya pasti dia akan memerhatikan saya dari jauh ( untuk anda yang tidak berminat dengan si dia yang mempunyai perasaan untuk diri kita ) dan sebagainya. Kita akan berasa lebih yakin yang seseorang itu mempunyai perasaan terhadap kita sebab semua jangkaan yang kita buat , semuanya tepat. Tapi, pandai-pandailah bahagikan kepada 2 perkara iaitu sama ada kebetulan atau kebenaran. 


    14. Apabila si dia tanya sesuatu kepada orang lain tentang sesuatu perkara, orang yang ditanyanya tidak mendengar dengan jelas atau tidak memahami soalan tersebut, si dia akan biarkan sahaja perkara itu dengan berkata " Tiada apa-apa " , " Nantilah saya beritahu awak " atau " Tak apa ". Ertinya si dia berasa marah kerana orang tersebut tidak memberi perhatian terhadap soalan yang ditujukan. Tetapi lain pula apabila soalan ditanyakan kepada kita, apabila kita kata " Maaf, saya tidak faham ", " Saya tidak dengarlah " atau " Kurang jelaslah ", si dia akan mengulang semula soalan tersebut sehingga beberapa kali, kadang-kala samapai5-6 kali, si dia ingin kita memahami dan mendengar soalan tersebut. Si dia sangat menghargai jawapan diri kita dan si dia ingin mendengar pendapat kita mengenai perkara tersebut sebab diri kita adalah istimewa kepada dirinya. Setiap perkataan atau ucapan yang telah kita ucapkan kepada diri si dia, si dia akan mengingatinya walaupun kita sendiri sudah melupakan perkara tersebut. 


    15. Apabila kita hantar mesej kepada si dia, kita akan terima dalam beberapa saat sehingga ejaan pun tersalah tulis sebab si dia tidak ingin anda menunggu dan si dia tidak peduli jika si dia menunggu mesej anda dengan lama sebab si dia percaya yang kita akan membalas mesejnya.


    16. Sebelum kita mengenai si dia, si dia berpakaian selekeh , tidak terurus dan tidak berbau wangi serta mulut berbau busuk. Tetapi, apabila kita mengenali dirinya dan si dia pernah berbual dengan kita, tiba-tiba orang yang kita kenal dulu selekeh, bau busuk dan mulut berbau dan gigi kuning, tiba-tiba berpakaian kemas, cantik, wangi sebak satu tempat, gigi putih melepak dan muka bersih berseri-seri sehingga kita tidak kenal diri si dia yang lalu. Apabila si dia terpandang kita yang diri kita ini masih terkedu dan tersentap, si dia tidak melayan orang lain tetapi, si dia terus datang kepada kita sambil memberi salam atau mengucapkan " Hei , bagaimana hari awak ? " sambil tersentum-senyum. Hal ini kerana si dia sudah mempunyai perasaan terhadap diri kita. Seterusnya, si dia ingin sentiasa kelihatan indah di hadapan mata kita supaya kita ingat betapa indahnya si dia hari ini dan si dia ingin kita tanya " Kenapa awak kelihatan kemas, cantik, wangi lagi baju berseterika pula ini ? " . Jika kita tanya soalan seperti itu, si dia akan berasa gembira sebab si dia mula perasan akan perbezaan dirinya pada masa itu dengan yang lalu serta perasan akan kewujudan dirinya.


    17. Si dia sentiasa berkata benar dan berterus-terang kepada kita kerana si dia faham yang seseorang itu gemar akan kebenaran, kejujuran dan keterus-terangaan. Tetapi, lain pula apabila si dia bercakap dengan orang lain, siap tipu sana tipu sini. Jadi, kita sebagai orang yang istimewa kepada dirinya haruslah memberi nasihat kepada si dia kerana si dia akan sentiasa kata-kata kita ucapkan kepadanya.


    18. Si dia sentiasa berjalan di sisi anda apabila berada di sesuatu tempat dan kadang-kalanya si dia akan menyuruh anda berjalan bersama teman-teman dan si dia akan berjalan bersama teman-temannya sebab si dia tidak ingin orang yang beranggapan yang diri kita dengan dirinya sedang berkekasih dan tidak ingin fitnah timbul dan tersebar ke seluruh tempat. Walaupun si dia ingin sekali berjalan bersama anda secara berdua-duaan, tetapi si dia tetap mengetepikan keinginannya dan lebih mengutamakan diri anda terlebih dahulu. Orang seperti ini boleh dikatakan mencintai sepenuh hati dan perihatin. 


    19. Si dia akan mempertahankan anda apabila kita berada dalam sesuatu situasi yang kita sangat harapkan sokongan seperti ketika kita didakwa, difitnah atau dianiaya. Si dia berusaha keras untuk menyatakan yang diri kita berkata benar dan tidak berkelakuan seperti itu ini. Tetapi, jika benar seperti dakwaan yang disebarkan dan dikatakan kepada kita dan kita memang berkelakuan seperti itu, lebih baik mengaku sebelum si dia mengetahui dan memahami situasi sebenar yang sedang berlaku. Hal ini kerana seseorang lebih gemarkan kejujuran daripada penipuan kerana tiada sesiapa yang ingin dirinya dibohongi. Orang yang jujur akan dihormati dan diberikan kepercayaan yang tinggi kerana kejujuran yang ada pada dirinya. Jadi, sentiasa jujurlah apabila berkata-kata walaupun kebenaran tersebut sukar untuk kita katakan.


    20. Si dia akan memberikan kita hadiah untuk hari istimewa kepada kita. Contohnya, hari ulang tahun kelahiran kita, hari keluarga, hari persahabatan dan sebagainya. Kadang-kala, si dia akan memberikan hadiah sebelum tiba waktunya. Si dia ingin kita berasa gembira dengan pemberiannya dan menghargai hadiah tersebut serta mengucapkan terima kasih kepadanya kerana membuatkan kejutan untuk kita walaupun kita tidak minta dirinya melakukannya. 


    21. Si dia akan meminta kebenara dari kita tentang sesuatu perkara yang peribadi. Contohnya " Boleh saya ambil gambar awak ? ", " Boleh saya buka buku diari ini ? " , " Awak ingin ceritakan kepada saya tentang perkara itu tak ? " dan sebagainya. Si dia ingin berkelakuan sopan terhadap sesuatu perkara yang anda anggap peribadi dan si dia tidak berniat hendak membuatkan diri kita berasa marah terhadap kelakuannya yang tidak sopan jika si dia tidak meminta kebenaran daripada kita terlebih dahulu.


    22. Si dia akan menyimpan gambar kita untuk tatapan mata dan si dia akan menyimpan semua mesej-mesej atau surat-surat yang kita kirim kepadanya walaupun kita sudah buangkannya dan melupakan perkara tersebut. Perkara tersebut cukup berharga bagi dirinya keran si dia tahu bahawa masa lalu tidak boleh diulangi.




    haa .panjangkan ?jenuh nak membace nye noks! ahaks .btw ,thanks for reading! :D

    0 bagaimana lesung pipit terjadi?


    ‘Lesung pipit terjadi akibat dari variasi otot muka yang dipanggil zygomaticus major. Kecacatan variasi berlaku pada otot ini yang sepatutnya hanya mempunyai struktur tunggal dari tulang zygomatic. Tulang ini membahagi kepada superior (bahagian atas tepi bibir) dan inferior (bahagian bawah tepi bibir). Selain itu, factor terjadinya lesung pipit adalah kerana otot zygomaticus lebih pendek dari normal menyebabkan kulit tertarik dan terbentuklah lekuk pada pipi'
    - Sumber: Madsci network dan Wikipedia




    Tahu tak berapa kos nak buat dimple tiruan? $300 dollars untuk sebelah je! paling murah dorang cakap kat philipne.entah betul ,entah tak .hehe



    Orang tua-tua ada bagi petua, kalau nak anak ada lesung pipit, waktu kecik-kecik (masih bayi) tonyoh pipi guna bawang putih! aduh ,tak ke kejam sangat tu ;(

    Jalan termudah untuk dapatkan lesung pipit (bagi anak-anak andalah). Cari pasangan yang ada lesung pipit sebab lesung pipit tu trait dominan.









    tapikan seriously ,memang comel sesiapa yang mempunyai lesung pipit a.k.a lesung batu :P Termasuk la saya ..ececeh .comel ke ? kuang3 .haha

    0 cara-cara nak melupakan "s.o.m.e.o.n.e"

    1.Anda tulislah 10 pucuk surat dan anda poskan kat diri anda sendiri, pastu balaslah balik kesemua surat-surat tersebut... Lakukan setiap hari, 3 kali sehari...



    2.Jauhkan diri anda daripada filem-filem Hindustan dan juga drama-drama swasta yang tangkap raung


    3.Join ruangan berkenalan di dalam majalah-majalah atau buat sesi berkenalan tepi-tepi jalan... . Bukak lah warong khas untuk sesi interview tuh... Alaaa... bunga bukan sekuntum, kumbang lak berlambak lagi..

    4.Buat perusahaan menternak itik... Nanti bila itik dah bertambah, pasti akan lupa kat pasangan anda tu, sebab terlalu sibuk menjaga itik-itik gembo... .

    5.Sibukkan diri dengan bekerja... Bantai overtime bebanyak... Bila duit dah berjuta nanti, cari ajer yang lain, kawin terus, senang hidup tak payah susah-susah nak sakitkan kepala...

    6.pi ngadap cermin yang sememangnya setia ngan anda... buat ler lawak giler yang tak masuk di akal, pastu gelak ler sendiri...

    7.Ulang perbuatan nih sampai 3x... ikut tau... Uhh huuu Uhh huuu...

    8.Kalo still teringat kat pasangan anda tuh, anda pi cari tangga, alaa cari je lah kat umah mana-mana atau pun bangunan berhampiran, buat-buatlah terjatuh dari tangga, sampai terus hilang ingatan, nescaya ler.. akan lupakan terus pasangan anda tuh... dengan diri sendiri pun anda tak akan ingat lagi..

    9.Kalo ingatan anda masih ada, pi je rumah jiran sebelah, minjam tukul, pastu buat ler tak tau sambil ketuk pala sendiri sampailer ilang ingatan...

    NOTE: A.kalo jiran anda tak bagi minjam tukul, curikk je, pastu lari ler..takkan dok buat sesi berkenalan ngan jiran anda lak..

    B.Kalo susah sangat... hantuk je kepala tu kat dinding rumah, buat ler sampai rasa dah bosan dengan hantukan tuh...

    10.Gantung gambar si dia kat dinding .. kutuk, karate, gusti, gigit, mamam, telan... buat lah apa-apa je asal hati rasa puas

    Nota kaki* mende nie aku wat khas utk kawan aku yang lupakan kekasih dia..nama terpaksa di rahsiakan atas sbb2 yang tak dpt dielakkan..hehehe

    p/s :selamat mencuba ! :D

    0 b.o.k.e.h. style dalam photografi>

    1. Untuk hasil yang terbaik, korang kena pakai prime lens kerana prime lens mempunyai bukaan aperture yang besar. Contoh lens seperti 50mm 1.8. Lagi kecik nilai F (makin besar bukaan aperture) lagi bagus. 2. Guna tripod untuk elak ke’blur’an pada gambar. 3. Set mode kepada manual. 4. Gunakan nilai aperture yang paling kecil seperti F1.4 atau F1.8. Kalau korang guna kitlens 18-55mm, setkan kepada F3.5. 5.Perhatikan meter exposure, ubah shutter speed sehingga meter exposure menunjukkan nilai “0″.6. 6. Kalau dah siap setting, korang boleh test dengan menekan shutter. Tapi pastikan korang menggunakan self timer atau shutter remote supaya tak berlaku gegaran pada kamera. 7. Tengok hasil pada kamera. 8. Ubah shutter speed sehingga korang dapat hasil yang memuaskan hati dah sanubari korang. peace :D Sebelum tu, sedikit penerangan tentang bokeh. Bokeh adalah perkataan yang berasal dari Jepun yang membawa maksud kabur (blur). Dalam istilah fotografi, teknik bokeh menjurus kepada kesan blur pada background tetapi sharp pada subjek. Lebih spesifik lagi bokeh disebabkan oleh keadaan blur diluar kawasan titik fokus kamera. Nak mudah faham bolehlah tengok contoh-contoh gambar bokeh kat sini.

    0 budak kecik paling cute ?


    cute kan ? agak2 korang macam nie ke mase kecik dulu ? no komen ..hehe >peace^^
     

    make life simple don't make trouble Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates