Friday, October 19, 2012

0 Subhanallah, Masuk Islam Hanya Kerana Seorang Budak Kecil


Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia”
Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”
“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah.”
“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”
“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”
Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”
Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?”
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”
“Terima kasih Ayah” Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.
Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.
Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya ” Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu”
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher.
Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.
“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”
“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.
“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.
“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.
sumber: nizarazu.com

0 Kawin awal ?


 
yang pasti, kebaikkannya ialah tidak lain dan tidak bukan, ia boleh mengelak daripada berlaku fitnah serta dapat menjaga kehormatan diri anda dan pasangan. Maklumlah, remaja kan suka mencuba sesuatu yang baru dan yang tidak pernah mereka lakukan. Jadi sudah pasti maksiat berkembang pesat.

Di bawah ini merupakan perkongsian mengenai tips-tips untuk kahwin awal.

a) Mempunyai kerjaya dan pendapatan yang tetap.

Kerjaya dan mempunyai pendapatan yang tetap merupakan suatu aset yang penting bagi seorang suami yang ingin mendirikan rumah tangga dengan bakal isteri mereka. Tanpa aset ini, maka kehidupan rumah tangga anda sudah pasti huru hara. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

b) Mempunyai wang simpanan yang cukup.

Sebelum mendirikan rumah tangga, adalah lebih baik anda mempunyai wang simpanan yang mencukupi agar kelak di masa anda susah, anda dapat berdiri di atas kaki sendiri. Jangan harapkan orang lain untuk menolong perkahwinan anda itu kecuali anda merupakan seseorang yang tiada perasaan malu.

c) Kekuatan diri untuk memikul tanggungjawab.

Sebagai seorang suami ataupun isteri yang bakal-bakal mendirikan rumah tangga, anda sepatutnya mempunyai kekuatan diri iaitu mind setting 110% bahawa anda benar-benar bersedia mendirikan sebuah masjid itu. Hal ini kerana kelak insyaallah anda akan menjadi seorang ibu atau bapa kepada seorang anak kecil yang baru lahir di dunia ini.

d) Mendapat restu ibu bapa.

Melakukan apa-apa jua jenis pekerjaan didalam dunia ini, kita perlulah memohon restu daripada kedua ibu bapa kita agar perkahwinan yang bakal kita dirikan tidak lama lagi ini di restui oleh mereka.

e) Boleh bertolak ansur.

Setiap orang manusia itu sudah pasti mempunyai tahap keegoaan mereka tersendiri. Jika berlaku suatu masalah, janganlah berlagak dengan ego anda sahaja. Lagi-lagi kepada lelaki. Lelaki memang sukar mengaku kalah kepada seorang perempuan. Apabila kedua-dua belah pihak sukar mengaku kalah, maka retaklah sesuatu perhubungan itu.

Wednesday, September 19, 2012

0 12 Individu Dipercayai di Balik Filem “Innocence of Muslims”


BEBERAPA individu sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak dengan filem kontroversi anti-Islam dan menghina Nabi Muhammad SAW,Innocence of Muslimsmenerima protes daripada umat Islam seluruh dunia sehingga membawa kematian seorang duta Amerika Syarikat (AS).
Treler filem amatur yang berdurasi 13 minit itu dikenal pasti sebagai salah satu sebab di sebalik demonstrasi anti-AS di Timur Tengah yang membawa kepada kematian Duta AS ke Libya, Christopher Stevens dan tiga yang lain di Benghazi, Libya, awal minggu lalu.
Berikut adalah beberapa perkara yang kita perlu tahu mengenai pelakon watak filem berkenaan setakat ini:
Sam Bacile
Julai lalu, individu ini dilaporkan memuat naik treler filem ini di YouTube dengan menggunakan nama samaran ini.
Selasa lalu, seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Sam Bacile mengakui sebagai pembikin filem itu selepas bercakap kepada Associated Press (AP) dan Wall Street Journal (WSJ).
Bacile memperkenalkan dirinya sebagai pemaju hartanah yang berpangkalan di California, sama ada berusia 52 atau 56 tahun, mendakwa beliau merupakan penulis dan pengarah filem itu.
Sebelum ini, dia memberitahu pemberita AP dan WSJ di sebuah lokasi yang tidak dinyatakan, agama Islamseperti satu barah dan menyatakan filemnya itu ialah sebagai satu sentimen provokatif politik dengan tujuan mengutuk ajaran agama Islam.
Bacile turut mengakui sebagai rakyat Amerika Israel telah menghasilkan filem dua jam ini tahun lalu di California dan pembiayaan untuk filem bernilau AS$5 juta (RM15.2 juta) ini datangnya daripada 100 penderma Yahudi.
Berdasarkan laporan awam oleh TIME dan beberapa carian lain, tidak ada sebarang maklumat mengenaiindividu yang bernama Sam Bacile Sam di California, yang kemudiannya membawa kepada kesimpulan bahawa nama itu adalah nama samaran.
Sementara itu, Kerajaan Israel turut menafikan mempunyai rekod Bacile sebagai seorang warganegara.
“Lelaki ini benar-benar tanpa nama. Pada ketika ini, tiada siapa yang boleh mengesahkan dia memegang kerakyatan Israel, dan walaupun dia, kita tidak terlibat, ” jurucakap Kementerian Luar Israel, Yigal Palmor kepada CNN.
Filem ini menunjukkan pencabulan kesucian agama Islam dan Nabi Muhammad SAW apabila menggambarkan perlakuan seks Baginda.
Umat ​​Islam percaya, adalah tidak boleh untuk menggambarkan Nabi Muhammad SAW dengan mana-mana keadaan, terutama perkara-perkara yang menghinakan.
(Pada tahun 2005, sebuah akhbar Denmark menerbitkan karikatur Nabi Muhammad SAW yang mencetuskan rusuhan di banyak negara-negara Timur Tengah.)
Treler filem mula mendapat tentangan di Timur Tengah minggu lalu selepas Bacile memuat naik ke akaunYouTube dalam terjemahan bahasa Arab.
Nakoula Basseley Nakoula
Khamis lalu, pegawai penguat kuasa undang-undang telah mengesahkan Nakoula sebagai orang di sebalik pembikinan filem kontroversi anti-Islam dan menghina Nabi Muhammad SAW, Innocence of Muslims.
Dia mula dijejaki AP Rabu lalu berada di rumahnya di Los Angeles di mana laporan sebelum ini mengatakan dia memperkenalkan dirinya sebagai Nakoula.
Apabila AP meminta untuk melihat lesen memandunya untuk pengesahan, Nakoula kemudiannya menunjukkan ibu jarinya pada nama tengah beliau, Basseley – signifikan dengan nama samaran Bacile.
Dalam temu bual itu, Nakoula menafikan mempunyai apa-apa hubungan dengan atau mengenali Bacile dan dia hanya mengakui menyediakan logistik untuk filem itu.
Sebelum ini, seorang wartawan AP mendapati nombor telefon bimbit yang digunakan oleh seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Bacile mendaftar di alamat berkenaan.
Menurut kertas laporan mahkamah persekutuan, nama lain yang digunakannya termasuklah Nicola Bacily dan Erwin Salameh. Ada pada satu ketika, dia menggunakan nama Abanob sebagai nama pertama.
Salah seorang pelakon yang bekerja dalam filem itu memberitahu sebuah organisasi portal berita, BuzzFeed, ceknya telah ditandatangani dengan nama itu.
Ia agak mungkin nama anaknya, ataupun dia menggunakan nama Nakoula untuk menutup identiti sebenarnya.
Terdahulu, Nakoula juga dilaporkan mempunyai sejarah dengan undang-undang.
Menurut peguam persekutuan, dia telah terlibat dalam skim penipuan dengan menubuhkan akaun bank palsu yang menggunakan nombor Keselamatan Sosial yang dicuri.
Beliau kemudian akan mengeluarkan wang dari akaun dan memindahkan ia ke akaun palsu lain.
Pada 2010, dia telah didakwa atas tuduhan menipu bank dan diperintahkan membayar AS$790,000 (RM2.4 juta).
Dia dijatuhi hukuman 21 bulan di penjara persekutuan dan diharamkan daripada menggunakan komputer atauInternet selama lima tahun.
Laporan The Daily Beast kelmarin menyebut Nakoula sebelum ini pernah ditangkap pada tahun 1997 dan didakwa dengan niat untuk mengeluarkan wang haram. Selepas mengaku bersalah, beliau dipenjarakan setahun di Los Angelas.
Steve Klein
Klein mendakwa bahawa dia adalah perunding skrip filem Innocence of Muslims dan dia tidak tahu nama sebenar Bacile, tetapi dia telah diminta oleh pembikin filem misteri itu untuk membantunya dalam membuat filem.
Namun, sebab utama Klein digugurkan dari filem itu juga masih tidak jelas dan kemungkinan disebabkan oleh hubungannya dengan kumpulan pelampau Kristian di selatan California.
Menyifatkan dirinya sebagai veteran Vietnam, Klein merupakan pengasaskan Kesatuan Kesetiaan Kristian, anti-Mormon, anti-Islam dan organisasi saksi anti-Jehovah pada tahun 1977.
Cindy Lee Garcia
Seorang pelakon dari Bakersfield, California, yang mempunyai peranan kecil dalam filem itu, Garcia memberitahu Gawker bahawa skrip yang diberikan kepadanya dan pelakon lain adalah untuk filem yang dipanggil ‘Desert Warrior’.
Katanya, sebelum penggambaran bermula, tidak ada sebarang petunjuk bahawa ia akan menjadi sebuah filem seperti ini – skrip tidak pernah menyebut Nabi Muhammad SAW atau lain-lain perkara mengenai agama Islam semasa pasca penerbitan.
Nama watak utama dalam skrip asal ialah Master George dan bukannya Nabi Muhammad SAW manakala Garcia memainkan watak seorang wanita muda yang diserahkan oleh ibunya kepada Nabi Muhammad SAW untuk berkahwin.
“Saya tidak mempunyai apa-apa kaitan mengenai muslihat filem ini.
“Sekarang, seseorang telah mati kerana filem ini yang saya juga adalah salah seorang daripada pelakonnya. Ia membuatkan saya sakit,” katanya kepada Gawker.
Menurut Garcia, berdasarkan makluman awal yang diterimanya, Desert Warrior, digambarkan sebagai sebuah drama sejarah padang pasir yang terletak di Timur Tengah dan bakal diarahkan oleh Alan Roberts.
Filem yang membabitkan 59 pelakon dan kira-kira 45 orang petugas di belakang kamera itu juga dijadualkan ditayangkan pada minggu ketiga bulan Ogos 2011, di Los Angeles.
Pelakon yang menerima tawaran itu juga masih tidak menerima bayaran.
Garcia turut memberitahu Gawker bahawa dia telah bertemu Nakoula di set penggambaran; Nakoula mengakui dirinya berasal dari Mesir, bukannya Israel.
Katanya, lelaki berambut putih itu fasih berbahasa Arab dengan beberapa orang yang berkaitkan dengan filem itu.
“Beliau kelihatan tenang. Dia hanya duduk di sana dan hanya memberitahu krew perkara tertentu yang perlu dibuat,” katanya.
Tim Dax
Seorang lagi pelakon ‘Innocence of Muslims’, Dax mudah dikenali kerana keseluruhan kepalanya yang botak itu dipenuhi.
Melalui blog Joe My God, dia mengakui seronok berlakon dalam filem itu tetapi mengakui dia juga telah ditipu – dia berkata, terpilih untuk membintangi filem bertajuk ‘Desert Storm’ dan wataknya adalah berbeza sama sekali dari apa yang telah muncul dalam treler YouTube.
“Watak saya dipanggil Sampson di atas kertas dan saya akan mendapat skrip setiap hari apabila tiba di set.
“Kami tidak pernah menerima skrip penuh atau dialog pengucapan sebelum penggambaran.
“Banyak persoalan yang timbul mengenai skrip dan dialog. Penerbitnya, Sam yang saya pasti bukan orangMesir itu sentiasa meminta kami hanya fokus terhadap lakonan jika ditanya mengenai skrip,” katanya yang digambarkan sebagai pelakon gay dalam filem itu melalui e-emel yang ditulis kepada blog terbabit.
Dia menambah, suara yang dialih suara juga sudah diubah dan suara itu bukan miliknya.
Alan Roberts
Disenaraikan sebagai pengarah, Alan Roberts mungkin atau tidak hanya sebagai nama samaran. Tetapi tumpuan telah beralih kepada Roberts selepas Nakoula – dianggap orang yang sama sebagai Sam Bacile yang enggan mengakui sebagai pengarah filem penuh kontroversi itu.
Ketika diwawancara Gawker, Eric Moers mengaku telah diupah petugas grip dan juruelektrik untuk filem Desert Warrior.
“Alan bekerja di bawah Sam,” katanya.
“Tetapi Alan mengarah filem, terdapat ada soalan tentang hal itu,” katanya.
Kedua-dua Moers dan Dax menyifatkan pengarah filem itu sebagai lelaki berbangsa Inggeris putih dan berusia 50-an.
Menurut laman web ini, Roberts telah mengarahkan sembilan filem, termasuk filem pada 1994, Save Me.
Terry Jones
Terdahulu, dunia Islam digemparkan dengan tindakan membakar al-Quran, Jones telah mengetuai Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida.
Dia dikenali kerana anti-Islam dan penyokong filem Innocence of Muslims walaupun tidak ada sebarang bukti yang menunjukkan dia adalah penyalur kewangan pembikinan filem itu.
Jones, bagaimanapun, turut menonton treler filem itu, Selasa lalu sempena ulang tahun ke-11 serangan 11 September.
Dalam satu kenyataan kepada TIME, Jones berkata, “Kami telah dihubungi oleh pengeluar filem untuk membantu mengedarkan ia.”
Morris Sadek
Seorang aktivis Kristian Koptik, Sadek memuat naik trailer filem itu di laman blog beliau.
Aktivis yang berasal dari Mesir yang berpangkalan di Washington memberitahu AP, dia memaparkan filem itu kerana ia ‘menerangkan’ masalah Kristian Koptik yang dihadapi dari umat Islam.
Sadek, sekutu Pastor Jones, telah merancang untuk menyebarkan mesej filem itu dan dipertanggungjawabkan membantu menyiarkan filem itu di stesen televisyen Mesir.
Sadek adalah seorang aktivis anti-Islam dan ahli utama Perhimpunan Kebangsaan Amerika Koptik.
Bercakap kepada Reuters, beliau menjelaskan matlamat dia dalam mempromosikan filem itu adalah untuk mengambil perhatian nasib orang-orang Kristian yang mencakupi 10 peratus daripada penduduk Mesir.
Selepas dia mula mempromosikan klip itu di laman web beliau, Mesir mula merancang demonstrasi besar-besaran di kedutaan AS di Kaherah tetapi, protes menjadi lebih prolifik dan terkenal.
Jimmy Israel
Israel juga disebut dalam dokumen prapenerbitan.
Katanya, dia memang bekerja dalam filem itu untuk mencuba peranan kecil dalam filem ini tetapi akhirnya menetap untuk menjadi penerbit.
Beliau menjelaskan, dia adalah seorang bekas penulis lakon layar dan dia tidak menghabiskan masa lama untuk menghasilkan skrip filem Desert Warrior.
“Saya menyiapkan skrip ini hanya dua hari sahaja,” katanya kepada BuzzFeed.
Katanya, kualiti filem itu tidak sepadan dengan jumlah wang yang dibelanjakan.
Tambah Israel, Bacile yang hanya pada nama sebagai pengarah tetapi telah membelanjakan wang sebanyak AS$5 juta (RM15.2 juta).
Vine Theater
Sebuah produksi filem kecil di Boulevard Hollywood, Vine dikatakan yang sepatutnya menayangkan filem anti-Islam dan menghina Nabi Muhammad SAW ; Innocence of Muslims pada akhir bulan Jun.
Seorang pekerja, yang tidak mahu dikenali memberitahu AP, ketika filem itu ditayangkan tidak ramai yang datang menonton.
Katanya, seorang lelaki yang dikenali sebagai Sam telah meminta mereka untuk menayangkan ia.
Polis kemudiannya telah dihantar untuk memantau panggung itu.
John Walsh
Seorang blogger yang berpusat di Los Angeles, Walsh orang yang mencetuskan kebencian agama dalam filem itu.
Pada bulan Jun lalu, beberapa hari sebelum filem ditayangkan di Teater Vine, Walsh menyatakan dalam blognya tentang kebimbangan mengenai filem itu.
Sheik Khaled Abdalla
Seorang pengacara TV Mesir, Abdalla dilaporkan telah mencetuskan kemarahan ramai apabila dia menyiarkan klip treler filem itu.
Selepas beliau menunjukkan video itu pada 8 September lalu, Wire Atlantik melaporkan jumlah rating di YouTube semakin meningkat.
Menurut Guardian, Abdalla dilaporkan telah mencetus kemarahan di kalangan penonton terutamanya yang beragama Islam.
sumber 
informasakini*

Tuesday, September 18, 2012

0 Kenapa Askar Israel Membunuh Kanak-Kanak Palestin?


PERANG antara Israel dan Palestin tidak akan ada penghujungnya. Entah sampai bila puak Yahudi Israel akan melakukan kekejaman terhadap warga Palestin, tidak dapat diketahui.
Jumlah mangsa yang telah menjadi korban keganasan perang Israel telah meningkat kepada ribuan nyawa dan 75% darimereka adalah kanak-kanak dan wanita.
Ramai dari kita yang mempersoalkan kenapa Israel sering menjadi kanak-kanak Palestin sebagai sasaran mereka? Ada pihak yang mengatakan itu memang tabiat puak Yahudi Israel yang kejam dan biadab sejak azali dan ada juga yang mengatakan mereka (Israel) takut akan perkembangan kanak-kanak Palestin.
Mungkin pendapat yang kedua ada benarnya dan lebih masuk akal. Itulah alasan mengapa Israel sering menjadikan kanak-kanak Palestin sebagai sasaran operasi mereka selain kelompok pejuang Hamas tentunya.
Salah seorang pimpinan Hamas, Ismali Haniya mengatakan, kanak-kanak yang sudah menghafal 30 juzuk Al-quran ini sesungguhnya menjadi sumber utama ketakutan puak Zionis Yahudi.
“Jika dalam usia semuda itu mereka sudah boleh menguasai Al-quran, bayangkan 20 tahun lagi apa yang akan dikuasai oleh mereka?” demikian cara pemikiran yang berkembang pada fikiran masyarakat Yahudi. Tidak hairan jika kanak-kanak Palestin menjadi para penghafal Al-quran.
Keadaan Semenanjung Gaza yang dipagari dari segala arah oleh Yahudi Israel menjadikan mereka berterusan cenderung untuk berinteraksi dengan al-Qur’an. Tidak ada istilah bermain permainan PlayStation dalam kamus kehidupan mereka.
Seperti yang kita ketahui, pihak HAMAS menyatakan syarat-syarat yang amat berat untuk menjadi anggota pejuang mereka, diantaranya seseorang itu perlu lah menjadi Hafiz Al-Qur’an dan tidak pernah meninggalkan ssolat fardu terutama sekali solat subuh. Peperangan panjang antara Yahudi mungkin akan berlanjutan entah beberapa generasi lagi.
Oleh itu, hendaklah kita belajar dari Palestin, walaupun mereka dikurung oleh penjajahan Zionis, nyawa mereka terancam setiap masa, setiap minit bahkan setiap detik, tapi itu semua tidak sedikit pun menjadi kesan kepada niat mereka untuk dekat dengan Al-quran dan mendalami lebih dalam dan lebih jauh mengenai agama Islam.
Yahudi Israel memang hebat dalam memiliki segala jumlah pasukan dan kelengkapan tempur yang berteknologi paling tinggi. Tapi rakyat Palestin memiliki semangat juang yang lebih tinggi, mereka berani untukmati syahid demi kebebasan mereka dan anak cucu mereka.
sumber :
informasi terkini*

0 Pembikin Filem Anti-Islam Sembunyikan Diri


LOS ANGELES – Pembikin filem yang mencetuskan kemarahan umat Islam kerana menghasilkan filem menghina Nabi Muhammad SAW dikatakan sedang menyembunyikan diri.
Filem yang dihasilkan oleh penulis dan pengarah, Sam Bacile telah mengakibatkan tunjuk perasaan di kedutaan AmerikaSyarikat (AS) di Mesir dan Libya, serta membunuh seorang pegawai Jabatan Negara AS di sana.
Bacile yang bercakap melalui telefon dari lokasi tidak diketahui tetap membela diri dengan mengatakan Islam adalah satu barah dan mahu filemnya menjadi satu kenyataan politikal.
Lelaki berusia 56 tahun itu turut mendedahkan dirinya sebagai Yahudi Israel. Menurutnya, filemnya itu akan membantu Israel dengan mendedahkan keburukan Islam kepada dunia.
Petikan filem yang dialih bahasa ke dalam bahasa Arabtarget="_blank" rel="nofollow" href="http://abdrahmanj.jomniaga.com/go/frubo?tid=1">Arab telah disiarkan di laman video YouTube. Filem itu mencetuskan kemarahan kerana ia menghina Nabi Muhammad SAW sebagai seorang kaki perempuan dan membenarkan gangguan seksual ke atas kanak-kanak.
Bacile menyatakan kekesalan atas kematian kakitangan kedutaan itu, tetapi menyalahkan kawalan keselamatan premis terbabit. – AP
sumber :
info:informasakini*

0 panggilan telefon bimbit pertama di dunia

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Panggilan telefon bimbit pertama di dunia dibuat pada 3 April38 tahun lalu oleh seorang pengurus besar firma Motorola, Martin Cooper di pusat bandar di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Cooper, yang pada masa itu berusia 44 tahun, keluar bersiar-siar dengan membawa telefon bimbit prototaip Motorola ...Dyna-TAC sambil diperhatikan orang ramai yang terkejut melihat gajet yang dibawanya.

"Semasa saya bersiar-siar jalan, penduduk New York yang begitu sofistikated kagum mmelihat seseorang berjalan sambil bercakap di telefon.
"Anda perlu ingat ketika itu tahun 1973, tiada lagi telefon tanpa kod apatah lagi telefon selular (bimbit)," kata Cooper yang kini berusia 82 tahun.


Menurutnya, orang pertama yang dihubungi dengan menggunakan telefon bimbit itu ialah ketua unit penyelidikan firma telefon Bell, Dr. Joel S Engel yang juga saingannya, sebelum dia menghubungi beberapa wartawan.
"Saya menelefon Engel untuk memberitahunya bahawa kami telah mengatasi Bell dalam perlumbaan untuk menghasilkan telefon bimbit pertama di dunia," katanya.
Cooper kemudian membenarkan wartawan-wartawan tersebut membuat panggilan mereka sebagai bukti bahawa mereka bukan ditipu dan dia bukan berjenaka.


Telefon bimbit Dyna-TAC yang seberat 0.6 kilogram berada dalam pasaran 10 tahun kemudian iaitu pada 1983, dan dijual pada harga mencecah AS$3,500 (RM10,592).



sumber :
info
silenceblogz*

0 4 golongan lelaki yang ditarik masuk ke dalam NERAKA


Di akhirat nanti, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita.Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah yang disampaikan oleh Allah .
1. Ayahnya
Apabila seorang yang bergelar AYAH tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti solat, pelajaran dan sebagainya dan Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia saja maka sang Ayah akan ditarik ke neraka oleh anak perempuannya.
2. Abangnya
Apabila Ayahnya sudah tiada, tanggung jawab menjaga saudara wanita jatuh ke pangkuan Abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adik wanitanya di akhirat kelak…
3. Suaminya
Apabila sang Suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Membiarkan bergaul bebas di luar, berhias diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrimnya. Apabila suami berdiam diri walapun di seorang alim sekalipun maka, dia akan turut ditarik oleh isterinya.
4. Anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati ibu perihal kelakuan yang lalai atau haram bagi Islam. Bila si Ibu berbuat kemungkaran, berkhianat dan sebagainya maka bukan hanya suaminya saja, si anak itu pun akan ditanya dan diminta pertanggungjawabannya di akhirat kelak..
sumber info:
pakarcinta*

0 10 petanda menunjukkan dia adalah jodoh kita .


Firman Allah SWT, bermaksud “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita:


1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

adakah dia jodoh kita? renung-renungkanlah yer ..

Ibuani:  Ya Allah bersyukur sgt atas jodoh yg telah Allah swt ditentukan... Alhamdullilah... 

sumber :
suhainisaperan*
razzirahman@brotherlove*

Sunday, September 16, 2012

1 20 Fakta menarik tentang dunia !


1.Nama paling popular dan banyak digunakan di dunia adalah Muhammad.
2. Ikan yu kehilangan gigi lebih dari 6000 batang setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam masa 24 jam sahaja
3. Julius Caesar tewas dengan 23 tikaman
4. Nama kereta Nissan berasal dari bahasa jepun Ni : 2 dan San : 3. Nissan : 23
5. Zirafah dan tikus boleh bertahan hidup lebih lama tanpa air daripada unta
6. Seorang lelaki lebih mampu membaca tulisan dengan ukuran huruf kecil daripada wanita
7. 98% dari perkosaan dan pembunuhan dilakukan oleh keluarga dekat atau teman si mangsa.
8. Semut dapat mengangkat beban 50 kali tubuhnya
9. Pada tahun 1933, watak animasi Mickey Mouse menerima 800,000 surat dari peminat.
10. Titik diatas huruf i disebut ‘title’
11. Sebutir kismis yang dijatuhkan kedalam gelas berisi champagne segar akan bergerak naik turun dalam gelas
12. Benjamin Franklin adalah anak bongsu dari orang tua bongsu keturunan ke 5 dalam keluarga bongsu.
13. Triskaidekaphobia adalah ketakutan pada 13. Paraskevidekatriaphobia adalah ketakukan pada 13 haribulan jumaat (Friday the 13, terjadi antara 1-3 kali setahun).
14. Lidah zirafah panjangnya sekitar 50cm
15. Mulut menghasilkan 1 liter air liur setiap hari
16. Kita bernafas kira-kira 23,000 kali setiap hari
17. Kod Zip (Poskod) adalah kepanjangan dari ‘Zoning Improvement Plan’.
18. Coca-Cola mengandung Coca (yang merupakan zat aktif pada kokain) dari tahun 1885 sampai 1903.
19. Rata-rata kita menuturkan 5000 perkataan setiap hari (walaupun 80% dari padanya kita bercakap pada diri sendiri)
20. Seandainya kuota air dalam tubuh kita berkurang 1%, kita terus merasa haus


 

make life simple don't make trouble Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates